Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 63 tahun didenda S$7,000; seludup telur itik 'balut' masuk S'pura

Seorang wanita berusia 63 tahun didenda S$7,000 kerana mengimport telur berembrio itik ke Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 63 tahun didenda S$7,000; seludup telur itik 'balut' masuk S'pura

490 butir telur itik disimpan dalam kotak stirofoam. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 03 Oct 2018 07:09PM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 07:13PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 63 tahun didenda S$7,000 kerana mengimport telur berembrio itik ke Singapura.

Le Thi Ung membeli telur-telur itu dari sebuah pasar basah di Vietnam, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (3 Okt).

Dia ditangkap pada September ketika pihak berkuasa memeriksa bagasinya selepas dia tiba di Lapangan Terbang Changi.

Pihak berkuasa menemui 490 telur, yang juga dikenali sebagai "balut", dalam dua kotak stirofoam.

(Gambar-gambar: AVA) 

Singapura tidak membenarkan telur balut diimport ke negara ini.

Le melanggar Akta Daging dan Ikan Selamat Dimakan, menurut pihak berkuasa.

Pengimportan makanan, termasuk daging dan telur, serta produk-produk berkaitan, dikawal atas sebab-sebab kesihatan haiwan dan keselamatan makanan," menurutnya. "Daging dan telur, serta produk-produk berkaitan, hanya boleh diimport daripada negara-negara yang diluluskan dan mematuhi piawai dan starat-syarat keselamatan makanan Singapura."

Sesiapa yang didapati secara haram membawa masuk produk-produk daging daripada sumber-sumber yang tidak diluluskan boleh didenda sehingga S$50,000 dan dipenjara sehingga dua tahun bagi kesalahan pertama.

Pesalah berulang berdepan dengan denda maksimum S$100,000 dan boleh dipenjara sehingga tiga tahun. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan