Images
  • singapore currency
    Gambar fail: ROSLAN RAHMAN/AFP

Wanita 53 tahun tipu ‘pelabur’ lebih S$2 juta

SINGAPURA: Seorang wanita yang berusia 53 tahun didakwa semalam (10 Nov) dengan 84 tuduhan menipu empat individu bernilai lebih S$2 juta.

Leong Lai Yee pertama kali didakwa atas satu tuduhan menipu pada 4 November. Dia didakwa menipu seorang wanita dengan memperdayakannya supaya membuat pelaburan melaluinya dan wang yang dilaburkan itu akan digunakan untuk membiayai pembelian hartanah-hartanah mundur di Singapura.

Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa mangsa itu menyalurkan sebanyak S$28,000 ke dalam satu akaun UOB.

Ketiga-tiga mangsa Leong yang lain turut ditawarkan perjanjian yang serupa dan dipercayai ditipu pelbagai jumlah dari S$3,900 hingga S$166,00 antara Januari 2014 dengan April 2015.

Leong kini menghadapi 85 tuduhan dan Penolong Pendakwa Raya Kenneth Chin memberitahu mahkamah semalam bahawa bilangan tuduhan akan ditambah.

Dia sudah ditahan reman dan kesnya akan didengar lagi pada 17 November.

Jika didapati bersalah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda bagi setiap tuduhan.  

- CNA/SM/sm

Top