Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 27 tahun disiasat muat naik catatan Twitter berbaur perkauman

Seorang wanita berusia 27 tahun sedang disiasat kerana "menanam kebencian antara pelbagai kumpulan kaum berbeza", menurut polis pada Khamis (2 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 27 tahun disiasat muat naik catatan Twitter berbaur perkauman

(Gambar: fizkes/iStock)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 02:56PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 02:57PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 27 tahun sedang disiasat kerana "menanam kebencian antara pelbagai kumpulan kaum berbeza", menurut polis pada Khamis (2 Sep).

Wanita itu, dari "kumpulan etnik Melayu", memuat naik catatan ke wadah media sosial Twitter.

Pihak berkuasa menyatakan ia menerima satu aduan pada Ahad (29 Ogos) berhubung "kandungan ofensif yang didakwa dimuat naik berhubung masyarakat Melayu oleh seorang pengguna Twitter dengan nama samaran 'Matilda Lee'".

Identiti wanita itu dikenal pasti pada hari yang sama.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Mereka yang didapati bersalah kerana menyebar rasa benci antara kumpulan berbeza atas dasar kaum boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan