Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 26 tahun diberkas; disyaki buang bayi baru lahir di Bedok North

Seorang wanita berusia 26 tahun ditangkap, menurut polis pada Sabtu (15 Feb), setelah disyaki meninggalkan bayinya yang baru dilahirkan. Bayi itu ditemui di tempat buang sampah di Bedok North pada Januari. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Feb 2020 10:34AM Dikemas Kini : 15 Feb 2020 09:46PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 26 tahun ditangkap, menurut polis pada Sabtu (15 Feb), setelah disyaki meninggalkan bayinya yang baru dilahirkan. Bayi itu ditemui di tempat buang sampah di Bedok North pada Januari.

Bayi itu ditemui hidup dalam sebuah tempat buang sampah di Blok 534 Bedok North Street 3 pada sekitar 9.10 pagi, 7 Januari lalu. Penemuan itu dilaporkan oleh beberapa tukang pembersih apabila mereka menjumpai bayi itu dibalut dalam beg plastik pasar raya yang ada kesan darah.

Polis menyatakan bayi itu dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Para pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti wanita itu menerusi siasatan bersama orang ramai dan dengan bantuan kamera polis serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan oleh penduduk dan perniagaan di kejiranan tersebut.

Dia diberkas pada Khamis. (13 Feb).

Wanita warga Singapura itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu dengan tuduhan mendedahkan dan mengabaikan kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan