Images
  • concert
    (Gambar: Hani Amin)

Wanita 23 tahun diberkas atas penipuan tiket konsert, NDP

SINGAPURA: Polis memberkas seorang wanita berusia 23 tahun kerana disyaki menjual tiket konsert dan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang akhirnya tidak diberikan kepada mereka yang membelinya.

Menurut polis pada Khamis (16 Ogos), pihaknya menerima 16 aduan mengenai kes-kes penipuan yang dilaporkan pada bulan Julai dan Ogos.

Para mangsa membeli tiket konsert JJ Lin dan NDP melalui Carousell dan bayaran dibuat melalui pemindahan dana bank.

Para mangsa bagaimanapun tidak mendapat tiket yang dibeli dan suspek tidak lagi dapat dihubungi.

Suspek wanita itu diberkas semalam (15 Ogos).

Sesiapa yang didapati bersalah kerana menipu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Polis turut mengingatkan orang ramai yang membuat pembelian online supaya memahami bagaimana laman sedemikian dapat melindungi kepentingan mereka atau membantu menghuraikan pertikaian sebelum melakukan sebarang urus niaga online.

- CNA/NA/na

Top