Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wang kertas Bicentennial S$20 dijual setinggi S$988 di Carousell

Wang kertas khas S$20 Bicentennial Singapura dijual balik secara online di laman jual beli seperti Carousell dan eBay pada harga setinggi S$988 sedang bank-bank kehabisan bekalan wang kertas kenangan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wang kertas Bicentennial S$20 dijual setinggi S$988 di Carousell

Petikan laman web Carousell

Diterbitkan : 12 Jun 2019 10:08PM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 10:14PM

SINGAPURA: Wang kertas khas S$20 Bicentennial Singapura dijual balik secara online di laman jual beli seperti Carousell dan eBay pada harga setinggi S$988 sedang bank-bank kehabisan bekalan wang kertas kenangan itu.

Tinjauan rambang Mediacorp pada Selasa (11 Jun) mendapati lebih 400 penyenaraian bagi wang kertas tersebut di Carousell dan eBay. Sekurang-kurangnya 380 penyenaraian adalah di Carousell.

Kebanyakannya disenarai pada harga antara S$25 hingga S$30, namun sebahagiannya yang mempunyai nombor siri yang dianggap membawa tuah pula disenarai pada harga ratusan dolar.

Sekeping wang kertas dengan nombor siri AE159888 disenarai di Carousell pada harga S$988.

Seorang penjual di Carousell pula menyenaraikan wang kertasnya pada harga S$88,888, namun menyatakan bahawa pembeli yang berminat boleh membuat tawaran secara privet dan ia akan dijual pada bidaan tertinggi.

Sebuah kedai pengumpul barangan di Chinatown, Fang Zheng Trading memberitahu Mediacorp ia menjual wang kertas itu pada harga antara S$26 hingga S$30.

Namun menurut pekedai tersebut, setakat ini pelanggan yang berkunjung setakat "melihat-lihat sahaja".

Dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), wang kertas S$20 dilancarkan untuk memperingati 200 tahun sejarah Singapura dan melambangkan perjalanan kenegaraannya.

Dua juta keping wang kertas itu disediakan di cawangan-cawangan sembilan bank tempatan sejak Isnin.

Dalam satu kemaskini pada Selasa malam, MAS mengumumkan terdapat jumlah terhad wang kertas tersebut di beberapa cawangan tertentu Bank OCBC, Citibank, Industrial and Commercial Bank of China dan HSBC.

Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, MAS menyatakan meskipun undang-undang tidak mengharamkan penjualan wang kertas itu secara online, ia menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan demikian.

"Kami menggalakkan warga Singapura untuk mengumpul wang kertas SB (Bicentennial Singapura) sebagai tanda mata kerana ia hanya dikeluarkan sekali untuk memperingati 200 tahun Singapura," tambah MAS.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan