Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waktu operasi lebih singkat selama 2 bulan bagi sebilangan stesen MRT NSL

Sebilangan stesen MRT di Laluan Utara-Selatan (NSL), akan dibuka lewat dan ditutup lebih awal dari Ogos hingga September bagi kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan, menurut SMRT dalam kenyataan medianya pada Selasa (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Waktu operasi lebih singkat selama 2 bulan bagi sebilangan stesen MRT NSL

Gambar fail sebuah MRT. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 01:01PM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 01:04PM

SINGAPURA: Sebilangan stesen MRT di Laluan Utara-Selatan (NSL), akan dibuka lewat dan ditutup lebih awal dari Ogos hingga September bagi kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan, menurut SMRT dalam kenyataan medianya pada Selasa (13 Ogos).

Enam stesen antara Bukit Batok dengan Marsiling akan dibuka sekitar pukul 8.00 pagi pada hujung minggu dari 24 Ogos hingga 1 Sep.

Dari 6 Sep hingga 28 Sep, empat stesen antara Bukit Batok dan Yew Tee akan ditutup lebih awal sekitar pukul 11.00 malam, pada sesetengah hari Jumaat dan Sabtu.

Sepanjang hari-hari tersebut, khidmat bas ulang-alik akan disediakan untuk para penumpang yang menggunakan stesen-stesen MRT yang terjejas, tambahnya. “Bas-bas ulang-alik akan mengambil dan menurunkan penumpang di perhentian-perhentian bas yang ditetapkan berhampiran stesen-stesen MRT yang terjejas.”

Dalam kenyataannya, SMRT juga menasihati para penumpang supaya merancang perjalanan masing-masing dan memeriksa waktu khidmat kereta api di stesen-stesen MRT yang terjejas.

"Keberangkatan kereta api terakhir dari setiap stesen juga berbeza sepanjang tempoh tersebut," menurut kenyataan itu.

"Lebih banyak masa mungkin diperlukan untuk melakukan perjalanan antara stesen-stesen MRT yang menggunakan khidmat bas ulang-alik."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan