Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wadah baru, skim geran untuk tingkatkan usaha pembangunan ubat-ubatan S'pura

Platform-platform baru dan satu skim geran adalah di antara langkah-langkah tambahan yang diperkenalkan pada Rabu (26 Jun) untuk mempertingkatkan usaha pembangunan ubat-ubatan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Jun 2019 03:07PM Dikemas Kini : 26 Jun 2019 11:37PM

SINGAPURA: Platform-platform baru dan satu skim geran adalah di antara langkah-langkah tambahan yang diperkenalkan pada Rabu (26 Jun) untuk mempertingkatkan usaha pembangunan ubat-ubatan di Singapura.

Demikian diumumkan semasa acara perasmian Pusat Pembangunan Eksperimen Ubat-ubatan di Biopolis di one-north, yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Encik Heng juga ialah pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional.

Platform-platform baru nasional itu bertujuan untuk "menghubungkan kajian sains asas dengan perusahaan farmaseutikal", kata Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) dalam satu kenyataan media.

Ia akan memanfaatkan kelebihan daya saing Singapura dalam menggabungkan sains bioperubatan serta perubatan dan kejuruteraan kritikal dalam ujikaji klinikal, menurut A*STAR.

Dalam ucapannya, Encik Heng berkata bahawa pembukaan pusat itu bermakna Singapura boleh memainkan peranan dalam memenuhi keperluan global untuk jagaan kesihatan.

Dua Memorandum Persefahaman (MOU) juga dimeterai pada Rabu.

MOU pertama menandakan pembentukan Konsortium Translasi Sasaran yang akan menjalankan usaha-usaha penerokaan ubat-ubatan peringkat awal dan MOU kedua adalah untuk membentuk skim geran Penilaian Semula Pembangunan Terapeutik.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan