Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wadah baru bagi belia corak dasar-dasar untuk masa depan S'pura

250 belia diberi wadah baru untuk mencorakkan dasar-dasar berkaitan isu-isu utama nasional.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2020 09:56PM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 10:01PM

SINGAPURA: 250 belia diberi wadah baru untuk mencorakkan dasar-dasar berkaitan isu-isu utama nasional.

Wadah baru itu diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu semasa sesi perbincangan dengan para pemimpin belia hari ini (18 Jan).

Menurut Cik Fu, setiap generasi mempunyai impiannya sendiri. Masa depan Singapura berada di tangan generasi akan datang dan ada banyak isu yang ingin mereka perjuangkan.

Isu-isu itu termasuk kesejahteraan mental serta menangani masalah perubahan iklim.

Sejak enam bulan lalu, 250 belia diberi peluang untuk mencorakkan dasar-dasar berkaitan isu-isu nasional yang utama di bawah program Cabaran Tindakan Belia (YAC).

Dibahagikan kepada 40 pasukan, mereka mendapat bimbingan dari sekumpulan mentor seperti ahli akademik dan pakar industri untuk menghasilkan idea serta projek baru berkaitan alam sekitar, pekerjaan dan isu sosial.

12 pasukan terbaik akan menghadiri satu sidang kemuncak pada April depan bagi membentangkan idea mereka kepada panel hakim yang termasuk beberapa pemimpin Generasi Keempat (4G).

Dalam satu sesi berasingan, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu mengatakan bahawa pemerintah tidak boleh membina sebuah masyarakat yang kuat secara bersendirian.

Beliau memuji golongan belia yang menangani masalah rumit seperti kepelbagaian, keharmonian agama, dan mobiliti sosial.

Pasukan yang terbaik dalam program YAC itu akan menerima geran bernilai sehingga S$50,000 bagi melaksanakan projek-projeknya.

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan