Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

VTL S'pura-India bermula dengan 6 penerbangan sehari dari Chennai, Delhi dan Mumbai

Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) Singapura dengan India bermula pada 29 Nov, dengan enam penerbangan khas dari Chennai, Delhi dan Mumbai, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Ahad (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
VTL S'pura-India bermula dengan 6 penerbangan sehari dari Chennai, Delhi dan Mumbai

Sebuah pesawat dipetik semasa menuju ke Lapangan Terbang Changi pada 10 Sep 2021. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 21 Nov 2021 04:22PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 04:26PM

SINGAPURA: Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) Singapura dengan India bermula pada 29 Nov, dengan enam penerbangan khas dari Chennai, Delhi dan Mumbai, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Ahad (21 Nov).

Permohonan bagi pas perjalanan bagi pelawat jangka pendek yang sudah divaksin dan pemegang pas jangka panjang dari India akan bermula pada 22 November, 6.00 petang waktu Singapura.

CAAS menyatakan pada Ahad (21 Nov) ia mencapai persetujuan dengan Kementerian Penerbangan Awam India mengenai penyambungan semula penerbangan penumpang komersil berjadual antara Singapura dengan India.

Syarikat penerbangan juga boleh mengendalikan penerbangan bukan VTL antara India dengan Singapura. Namun penumpang yang melakukan perjalanan dengan penerbangan bukan VTL ke Singapura akan tertakluk kepada syarat kesihatan awam biasa, jelas CAAS.

"CAAS maklum bahawa pelawat menantikan pelancaran VTL dan ingin memberi jaminan kepada pelancong bahawa mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk memohon VTP," tekan pihak berkuasa itu.

Permohonan bagi VTP untuk pelawat jangka pendek dan pemegang pas jangka panjang untuk perjalanan dari Malaysia, Indonesia, India, Finland dan Sweden ke Singapura juga akan dibuka pada 22 November, menurut CAAS lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan