Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vivian Balakrishnan anggap kesepakatan dwipartisan bagi dasar luar S'pura satu 'rahmat'

Dasar luar Singapura berdiri kukuh atas sokongan dwipartisan dan ketiadaan campur tangan parti-parti politik, adalah satu "keberkatan" yang perlu dikekalkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Vivian Balakrishnan anggap kesepakatan dwipartisan bagi dasar luar S'pura satu 'rahmat'

Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishan menyampaikan ucapan pembukaan di Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada 2 Ogos 2018. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Jan 2019 12:07AM Dikemas Kini : 29 Jan 2019 12:10AM

SINGAPURA: Dasar luar Singapura berdiri kukuh atas sokongan dwipartisan dan ketiadaan campur tangan parti-parti politik, adalah satu "keberkatan" yang perlu dikekalkan.

Demikian menurut Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan semasa menjawab soalan yang diajukan di persidangan Singapore Perspectives anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) hari ini (28 Jan).

Di penghujung sesi dialog selama 90 minit itu, Pengarah IPS Janadas Devan membuat pemerhatian bahawa "politik diketepikan" apabila melibatkan kepentingan negara. Beliau kemudian bertanya kepada Dr Balakrishnan jika ini boleh dikekalkan pada tahun-tahun mendatang.

Dr Balakrishnan menarik perhatian bahawa "dasar luar bermula dari dalam negara", sambil menjelaskan: "Kerana kami berjaya dan bersatu, kami dalam kedudukan baik. Saya boleh memberitahu rakan-rakan saya bahawa Singapura tidak akan pernah ditakut-takutkan atau dibeli."

Ditanya bagaimana hal tersebut dapat dicapai sejauh ini, beliau berkata, bagi apa jua dasar luar yang penting, banyak waktu diluangkan bagi perbincangan dalam Kabinet dan pembangkang juga diberi taklimat tentang isu-isu tersebut.

"Saya berbesar hati untuk memberitahu anda bahawa berdasarkan pengalaman saya sejauh ini, tiada jurang yang wujud. Tiada jurang politik yang menghalang urusan dasar luar kami. Ia satu rahmat."

Dr Balakrishnan berkata, kesepakatan dwipartisan perlu dikekalkan kerana Singapura adalah sebuah negara kecil dan tidak mampu merumitkan keadaan seperti berlaku di negara-negara lain.

"Lebih baik berbincang secara privet daripada cuba menunjukkan perpecahan dalam Parlimen," katanya.

"Tentunya, pihak pembangkang yang ada sekarang memainkan peranan itu. Kami juga mempercayai mereka. Jadi ia memudahkan tugas saya."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan