Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Virus Wuhan: Pengecualian sementara POFMA ditarik balik di tengah penyebaran berita palsu

Platform-platform seperti Facebook, Twitter, Google Search, Baidu dan HardwareZone tidak lagi dikecualikan daripada arahan pembentulan umum (GCD) di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), menurut Kementerian Perhubungan dan Penerangan pada Khamis (30 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Virus Wuhan: Pengecualian sementara POFMA ditarik balik di tengah penyebaran berita palsu

Seorang lelaki memakai pelitup menggunakan telefon di Orchard Road pada 28 Jan (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 31 Jan 2020 11:35AM Dikemas Kini : 31 Jan 2020 11:44AM

SINGAPURA: Platform-platform seperti Facebook, Twitter, Google Search, Baidu dan HardwareZone tidak lagi dikecualikan daripada arahan pembentulan umum (GCD) di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), menurut Kementerian Perhubungan dan Penerangan pada Khamis (30 Jan).

Beberapa perantara Internet dikecualikan untuk sementara, daripada mematuhi arahan pembetulan bila POFMA berkuat kuasa pada Oktober 2019.

MCI menyatakan pengecualian itu akan ditarik balik pada Jumaat "disebabkan situasi virus korona Wuhan yang berubah-ubah".

"Pemerintah bersedia untuk menggunakan semua cara yang ada untuk menyediakan orang awam dengan maklumat tepat dan terkini, serta menangani kepalsuan yang mungkin mencetuskan rasa cemas atau kekeliruan," menurut MCI dalam satu kenyataan.

Arahan pembetulan umum boleh dikeluarkan kepada sebuah saluran media, wadah rangkaian sosial, enjin pencarian atau penyedia khidmat Internet lain.

Apabila GCD dikeluarkan kepada khidmat-khidmat Internet, mereka perlu mengeluarkan satu notis pembetulan di Singapura kepada semua pengguna yang ditentukan oleh arahan berkenaan, menggunakan khidmat mereka,

Pada Selasa, Pejabat POFMA mengeluarkan satu arahan pembetulan kepada Facebook berhubung dua kiriman di platform tersebut yang mendakwa bahawa stesen MRT Woodlands ditutup akibat virus korona Wuhan.

Sehari sebelumnya, satu lagi arahan pembetulan dikeluarkan kepada SPH Magazines berhubung satu kiriman di Forum HardwareZone miliknya yang mendakwa seorang telah meninggal dunia di Singapura kerana virus Wuhan.

Virus korona baru itu yang berasal dari bandar Wuhan di wilayah Hubei di tengah China telah merebak ke merata dunia dengan 13 kes disahkan di Singapura sehingga Khamis.

Thailand pada Khamis memberkas dua orang kerana mengirimkan "berita palsu" tentang virus itu. 


Langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini penularan virus Wuhan: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan