Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

VERS dijangka tangani kemerosotan nilai flat, redakan keprihatinan penduduk

Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) tentunya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh para penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2018 09:20PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 09:24PM

SINGAPURA: Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) tentunya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh para penduduk.

Ini menurut beberapa Anggota Parlimen yang mewakili kawasan-kawasan di mana terdapat banyak blok flat yang agak lama.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS) semasa menyampaikan ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan 2018.

PM Lee berkata, lebih banyak flat akan dibangun semula sebelum tempoh pajakan berakhir di bawah skim itu.

Beliau mengumumkan bahawa skim berkenaan merangkumi flat-flat yang berusia 70 tahun ke atas dan akan dilaksanakan dalam masa kira-kira 20 tahun lagi.

Flat yang dibina di estet-estet perumahan tertua di Singapura itu akan melihat tempoh pajakan 99 tahun tamat pada masa yang sama.

Flat-flat tersebut akan dikembalikan kepada HDB selepas tamat tempoh pajakan.

Ini juga menimbulkan keadaan di mana ramai orang terpaksa mencari rumah baru pada masa yang sama dan ini adalah sesuatu yang ingin dielakkan di bawah skim VERS.

Menurut PM Lee, pembangunan semula estet-estet perumahan lama akan dilakukan secara bertahap-tahap bermula dengan flat-flat yang mencecah 70 tahun.

Bagaimanapun, para penduduk perlu mengundi sebelum pembangunan semula dapat dijalankan.

"Pastinya pemerintah akan memberi pampasan kepada penduduk yang flat mereka diambil semula lebih awal. HDB juga akan membantu mereka mendapatkan flat baru, seperti mana yang dilakukan apabila tempoh rumah mereka berakhir. Tetapi syarat-syaratnya lebih ketat daripada skim SERS, kerana kurang kelebihan dari segi kewangan," kata PM Lee.

Isu nilai flat lama yang merosot dan kesukaran untuk menjualnya mendapat tumpuan baru-baru ini.

Menurut Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio Dr Intan Azura Mokhtar, skim itu menjadi antara keprihatinan para penduduk kawasan itu.

"Bagaimana kalau macam SERS tidak dapat ditawarkan kepada mereka dan saya rasa ini adalah satu pilihan yang diberikan dan saya percaya para penduduk kita di Ang Mo Kio akan agak teruja untuk mengetahui butir-butir selanjutnya," kata beliau.

PM Lee berkata meskipun program VERS hanya akan mula dilaksanakan sekitar 20 tahun akan datang, perancangannya mesti dimulakan dari sekarang. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan