Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vendor aplikasi MSO jadi sasaran 'insiden siber', pengguna app OneService tidak terjejas

Sebuah vendor Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) terjejas oleh satu "insiden siber" di mana satu "pelaku berniat jahat" memadam data berkaitan pemberitahuan awal (push notification) untuk aplikasi OneService kendalian MSO.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2021 02:37PM Dikemas Kini : 28 Jun 2021 08:51PM

SINGAPURA: Sebuah vendor Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) terjejas oleh satu "insiden siber" di mana satu "pelaku berniat jahat" memadam data berkaitan pemberitahuan awal (push notification) untuk aplikasi OneService kendalian MSO.

Pejabat tersebut dimaklumkan tentang kejadian melibatkan pangkalan data salah satu vendor, Apptitude, pada 19 Jun, menurut MSO dalam kenyataannya pada Isnin (28 Jun).

"Pelaku berniat jahat itu memadam data berkaitan sistem pemberitahuan aplikasi OneService MSO, seperti jenis peranti dan pesanan pemberitahuan lalu," jelasnya.

Menurut MSO, sistem aplikasi dan para pengguna tidak terjejas dengan kejadian itu, dan bahawa tiada maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti, seperti butiran kes, yang disimpan dalam pangkalan data yang terjejas.

"Pangkalan data yang terjejas tidak dapat digunakan untuk mengenal pasti pengguna aplikasi (OneService) atau menyamar sebagai MSO atau OneService untuk menghantar pemberitahuan kepada pengguna aplikasi (OneService)," tambahnya.

Setelah dimaklumkan, pejabat itu menyatakan pihaknya bekerjasama dengan Apptitude untuk segera mematikan sistem pemberitahuan dan melaksanakan langkah-langkah tambahan untuk mengukuhkan tahap keselamatannya. MSO menyatakan ia telah mengambil langkah berjaga-jaga selanjutnya dan akan terus memantau sistemnya untuk sebarang kemungkinan ancaman dan kelemahan.

Siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan