Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Van langgar kereta polis di Braddell Road

Seorang pemandu van dibawa ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Polis Trafik hari ini (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Van langgar kereta polis di Braddell Road

Petikan skrin.

Diterbitkan : 27 Feb 2018 09:24PM Dikemas Kini : 27 Feb 2018 09:27PM

SINGAPURA: Seorang pemandu van dibawa ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Polis Trafik hari ini (27 Feb).

Polis mengesahkan bahawa ia dimaklumkan pada 4.20 petang tadi tentang kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Polis Trafik dan sebuah van di Braddell Road, menghala ke Bartley Road.

Pemandu van, seorang lelaki yang berusia 35 tahun dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar, menurut polis.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sebuah video yang disebarkan di aplikasi pesanan ringkas, Telegram merakam keadaan sekitar selepas kemalangan berlaku. Ia menunjukkan sebuah van penjual bunga melanggar bahagian belakang sebuah kereta polis. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan