Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vaksinasi tanpa janji temu kini ditawarkan bagi vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech

Mulai Selasa (10 Ogos), semua rakyat Singapura, Penduduk Tetap Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang belum mendapatkan dos pertama COVID-19 tidak perlu membuat temu janji untuk mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech di pusat-pusat vaksinasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksinasi tanpa janji temu kini ditawarkan bagi vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 10 Aug 2021 08:28AM Dikemas Kini : 10 Aug 2021 08:31AM

SINGAPURA: Mulai Selasa (10 Ogos), semua rakyat Singapura, Penduduk Tetap Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang belum mendapatkan dos pertama COVID-19 tidak perlu membuat temu janji untuk mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech di pusat-pusat vaksinasi.

Ini bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media pada Isnin (9 Ogos).

Terdapat 26 pusat vaksinasi masyarakat yang menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty.

Vaksinasi tanpa janji temu dibenarkan sejak 2 Ogos bagi para penduduk Singapura yang ingin mendapatkan vaksin Moderna dari mana-mana 11 pusat vaksinasi masyarakat yang menawarkan vaksin tersebut.

Sejak pertengahan Julai lalu, individu berusia 60 tahun dan ke atas boleh memasuki mana-mana pusat vaksinasi, poliklinik atau klinik persediaan kesihatan awam yang mengambil bahagian untuk mendapatkan vaksin tanpa perlu membuat sebarang temu janji terlebih dahulu.

MOH menyatakan Singapura mencatatkan "kemajuan baik" dalam program vaksinasi kebangsaan COVID-19.

Setakat Isnin, 70 peratus penduduk sudah selesai menjalani regimen vaksinasi penuh di bawah program vaksinasi kebangsaan, manakala 79 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

"Vaksinasi kekal sebagai pengupaya utama dalam perjuangan kita menentang COVID-19. Kami menggesa sesiapa yang layak untuk mendapatkan vaksinasi," menurut MOH, sambil menambah bahawa para individu tetap boleh membuat temu janji untuk menerima vaksin.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan