Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vaksinasi COVID-19 kini disediakan bagi penduduk S'pura berusia 45-59 tahun

Para penduduk berusia 45 hingga 59 tahun boleh mula mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan serta merta, sedang Pemerintah memperluaskan program vaksinasinya kepada golongan peringkat usia lebih muda.

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksinasi COVID-19 kini disediakan bagi penduduk S'pura berusia 45-59 tahun

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.

Diterbitkan : 24 Mar 2021 09:52PM Dikemas Kini : 24 Mar 2021 09:59PM

SINGAPURA: Para penduduk berusia 45 hingga 59 tahun boleh mula mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan serta merta, sedang Pemerintah memperluaskan program vaksinasinya kepada golongan peringkat usia lebih muda.

Mereka boleh mendaftar di laman vaccine.gov.sg, dan mereka akan menerima SMS dengan URL peribadi yang membolehkan mereka untuk membuat tempahan mereka secara online.

"Sedang proses vaksinasi bagi golongan yang diutamakan dijalankan, kami kini bersedia untuk memperluaskan program vaksinasi kepada golongan penduduk lebih muda," menurut Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Rabu (24 Mac) di satu sidang media oleh pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19.

Para pendaftar akan menerima pesanan SMS sebaik sahaja tempat kosong tersedia, yang sepatutnya diterima dalam beberapa hari selepas pendaftaran.

Bagaimanapun, masanya mungkin berbeza-beza dan mungkin mengambil masa lebih lama jika terdapat kelengahan dalam jadual penghantaran vaksin, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu sidang media.

"Satu kunci utama tentang berapa cepat kami memberi vaksin kepada penduduk adalah bekalan vaksin," menurut Encik Gan, sambil menambah bahawa pihak pemerintah akan terus memantau bekalan Singapura dengan teliti.

"Bagaimanapun kami menjangkakan bekalan global terus terhad dan rangkaian bekalan mungkin terganggu dari masa ke masa, sekali gus menjejas kadar pemvaksinan kami."

Beliau menambah: "Saya menggalak semua orang yang layak untuk menerima suntikan vaksin apabila sudah tiba giliran anda, untuk melindungi diri anda dan rakyat Singapura daripada jangkitan."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan