Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vaksin COVID-19 ditawarkan kepada kakitangan, mahasiswa asrama universiti

Para mahasiswa dan kakitangan yang tinggal di asrama universiti berautonomi di Singapura ditawarkan vaksinasi COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE).

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin COVID-19 ditawarkan kepada kakitangan, mahasiswa asrama universiti

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 12 May 2021 09:58AM Dikemas Kini : 12 May 2021 10:08AM

SINGAPURA: Para mahasiswa dan kakitangan yang tinggal di asrama universiti berautonomi di Singapura ditawarkan vaksinasi COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, kedua-dua kementerian itu mendedahkan dalam satu kenyataan bersama bahawa mahasiswa dan kakitangan yang tinggal di asrama universiti sudah dimaklumkan melalui SMS bahawa mereka akan ditawarkan suntikan vaksin.

"Mereka boleh menempah slot di pusat-pusat vaksinasi masyarakat di seluruh negara. Para individu yang layak secara perubatan untuk menndapatkan vaksinasi sangat-sangat digalakkan untuk berbuat demikian apabila ditawarkan untuk melakukannya. Ini bagi menjaga kesihatan mereka dan masyarakat lebih luas," menurut kedua-dua kementerian itu.

MOE dan MOH menyatakan pihak mereka sedang berusaha untuk memberi keutamaan kepada para penghuni asrama, memandangkan "jangkitan boleh menular dengan pantas disebabkan oleh kepadatan dan pergaulan semasa tinggal di asrama".

Keputusan untuk menawarkan vaksinasi kepada para kakitangan dan mahasiswa yang tinggal di asrama dibuat setelah menimbangkan "risiko relatif yang lain".

"MOH memberi keutamaan kepada para individu yang berisiko tinggi seperti pekerja jagaan kesihatan, pekerja barisan hadapan COVID-19, kumpulan-kumpulan mudah terdedah dan mereka yang hidup dalam suasana bermasyarakat."

MOE juga menyatakan ia akan terus bekerjasama dengan MOE mengenai bagaimana program vaksinasi dapat diperluaskan untuk merangkumi anggota kakitangan dan pelajar lain dalam sektor pendidikan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan