Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usulan lindungi pekerjaan rakyat S'pura diluluskan di Parlimen

Parlimen meluluskan usulan oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong untuk melindungi pekerjaan dan mata pencarian rakyat Singapura, dan menolak usulan bertentangan oleh anggota PSP Leong Mun Wai, menyusuli satu perbahasan yang bermula pada Selasa (14 Sep) dan berlarutan hingga tengah malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Usulan lindungi pekerjaan rakyat S'pura diluluskan di Parlimen

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 15 Sep 2021 09:28AM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 09:30AM

SINGAPURA: Parlimen hari ini (15 Sep) meluluskan usulan oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong untuk melindungi pekerjaan dan mata pencarian rakyat Singapura, dan menolak usulan bertentangan oleh anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP) Leong Mun Wai, menyusuli satu perbahasan yang bermula pada Selasa petang (14 Sep) dan berlarutan hingga tengah malam.

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Encik Leong memfailkan usulan yang menggesa supaya Pemerintah "mengambil tindakan mendesak dan konkrit bagi menangani keresahan dalam kalangan rakyat Singapura berhubung pekerjaan dan mata pencarian yang disebabkan oleh dasar bakat asing dan peruntukan bagi Pergerakan Rakyat dalam sesetengah perjanjian perdagangan bebas (FTA) seperti Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh India-Singapura (CECA)".

Usulan Encik Wong yang difailkan selepas Encik Leong, menyatakan bahawa Dewan:

(a) akur tentang keresahan yang dialami rakyat Singapura tentang pekerjaan dan persaingan dalam ekonomi global dan pesat berubah;

(b) mengesahkan keperluan Singapura untuk kekal terbuka dan terhubung dengan dunia supaya dapat berkembang dan makmur;

(c) menyokong tindakan Pemerintah untuk menguruskan jumlah penduduk tenaga kerja asing, memastikan layanan adil oleh para majikan dan melabur dalam pendidikan dan meningkatkan kemahiran, bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan bagi bagi rakyat Singapura;

(d) seruan bagi Pemerintah untuk terus mengemas kini dan memperbaiki dasar-dasarnya bagi menjaga kebajikan dan mata pencarian rakyat Singapura dalam dunia pasca pandemik yang tidak menentu; dan

(e) menolak sebarang percubaan untuk menyebar maklumat palsu tentang perjanjian perdagangan bebas seperti CECA, menimbulkan perasaan rasisme dan xenofobia, dan mencetuskan perasaan takut dan keresahan dalam kalangan warga Singapura

Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) mengundi menolak kedua-dua usulan setelah saranan pindaan mereka terhadap usulan-usulan itu ditolak oleh Dewan.

Undian terakhir dibuat sekitar pukul 12.30 tengah malam pada Rabu lebih 10 jam setelah perbahasan itu bermula pada pukul 1.45 petang pada Selasa.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan