Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ustaz Ahmad Daniyal, Ustazah Farah Nadhirah wakili S’pura dalam Tilawah Al-Quran di KL

Qari Ustaz Ahmad Daniyal dan qariah Ustazah Farah Nadhirah dari Singapura sedang mewakili Singapura dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Ustaz Ahmad Daniyal, Ustazah Farah Nadhirah wakili S’pura dalam Tilawah Al-Quran di KL

Qari Ustaz Ahmad Daniyal dan qariah Ustazah Farah Nadhirah mewakili Singapura dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun ini. (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Qari Ustaz Ahmad Daniyal Mohd Rizal dan qariah Ustazah Farah Nadhirah Afandi dari Singapura sedang mewakili negara ini dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Demikian menurut catatan di laman Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (16 Apr).

Ustazah Farah memperdengarkan bacaannya secara langsung pada malam ini (16 Apr), manakala giliran Ustaz Ahmad pula adalah pada Khamis nanti (18 Apr).

(Gambar: Petikan skrin dari laman Facebook)

Seramai 107 peserta dari 71 negara itu ke Majlis Tilawah tahun ini yang bertema ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’.

Pada majlis pembukaan semalam (15 Apr), empat peserta sudahpun memperdengarkan bacaan Al-Quran termasuk Harit Puang-Manee (Thailand), Mohammed Zalef Atiyah (Iraq), Man Mariyas (Cambodia) dan Mammadov Tural Ikhtiyar (Azerbaijan).

PROFIL QARI DAN QARIAH SINGAPURA

Ustaz Ahmad pernah memasuki Majlis Tilawah & Tahfiz Al-Quran Kebangsaan Singapura dan menjuarai pertandingan tersebut tiga kali bagi kategori Kanak-kanak, Belia dan Dewasa.

Ustazah Farah pula memenangi tempat kedua dalam Majlis Tilawah & Tahfiz Al-Quran Kebangsaan Singapura bagi Kategori Dewasa tahun lalu. Beliau juga mewakili Singapura bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Bangkok pada tahun yang sama.

(Gambar: MUIS/Facebook)

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran bagi Peringkat Antarabangsa ke-61 berlangsung selama enam hari dari 15 hingga 20 April.

Pada tahun lalu, qariah Singapura, Widadul Wahidah Mahamod membawa pulang wang tunai RM20,000 (S$6,500) selepas menduduki tempat ketiga dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 pada 12 Mei.

Juara majlis tilawah adalah qari dan qariah dari Malaysia, Abdullah Fahmi Che Nor dan Suhailah Zulkifly, dengan masing-masing membawa pulang hadiah kemenangan kepingan emas bernilai RM70,000 (S$22,900), wang tunai RM40,000 (S$13,000) dan sebuah piala.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan