Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha SGSecure dipergiat di tengah-tengah ancaman pengganasan sejagat, jamin Zaqy

Di tengah-tengah ancaman pengganasan sejagat, usaha di bawah program SGSecure akan dipergiatkan lagi tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 May 2019 06:44PM Dikemas Kini : 27 May 2019 11:01PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah ancaman pengganasan sejagat, usaha di bawah program SGSecure akan dipergiatkan lagi tahun ini.

Demikian menurut Menteri Negara Tenaga Manusia Zaqy Mohamad dalam satu seminar di Pusat Konvensyen Suntec City hari ini (27 Mei).

Dalam ucapannya, Encik Zaqy berkata respons bagi program SGSecure di Tempat Kerja amat menggalakkan.

Lebih 60,000 pekerja mendaftar untuk menjadi wakil SGSecure dalam tahun pertama program yang dilancarkan pada 2017 itu.

Jumlah ini melebihi sasaran yang ditetapkan bagi tempoh tiga tahun.

Lebih 11,000 syarikat juga diberikan status bizSAFE Peringkat 3 kerana melakar pelan pengurusan risiko.

Crowne Plaza Changi Airport menjadi hotel pertama yang baru-baru ini menyertai satu latihan antipengganasan di bawah program tersebut.

Dalam pada itu, pemerintah merancang menyediakan lebih banyak sumber maklumat yang disesuaikan bagi pelbagai sektor.

Ia juga akan mempergiat usaha mendekati syarikat-syarikat yang tidak mempunyai wakil SGSecure.

Hampir 600 wakil dari lebih 450 syarikat menghadiri seminar hari ini.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan