Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha mempermudah bahasa undang-undang S'pura menepati sasaran

Usaha mempermudah bahasa undang-undang Singapura menepati sasarannya dengan sasaran seterusnya dalam tempoh tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha mempermudah bahasa undang-undang S'pura menepati sasaran

(Gambar: Pejabat Peguam Negara)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 10:47PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 10:50PM

SINGAPURA: Usaha mempermudah bahasa undang-undang Singapura menepati sasarannya dengan sasaran seterusnya dalam tempoh tiga tahun.

Jumlah pengunjung ke laman Singapore Statutes Online meningkat sejak tiga tahun lalu. Pejabat Peguam Negara (AGC) memulakan usahan mempermudah bahasa undang-undang itu pada 2014, sebagai respons kepada tinjauan yang dijalankan Plain Laws Understandable By Singaporeans (PLUS) ke atas 1,000 orang oleh Divisyen Perundangan.

Divisyen titu yang merupakan pejabat penggubalan undang-undang pusat Singapura, melaksanakan perubahan-perubahan secara bertahap-tahap dengan matlamat untuk memastikan perundangan negara lebih mudah difahami, menurut AGC kepada Mediacorp.

Khususnya, perhatian diberi terhadap penggunaan bahasa Inggeris setempat dan trend "rakyat Singapura mendapat maklumat menerusi wadah-wadah digital berbanding cetak".

Menurut AGC, pada 2015, terdapat 1.73 juta pengunjung unik ke laman Singapore Statutes Online, yang membentangkan undang-undang negara secara terperinci.

Ini meningkat kepada 1.87 juta pengunjung pada 2016 dan 2 juta pada 2017. Secara purata, sekitar 20 peratus daripada pengguna adalah dari negara-negara luar Singapura.

Jumlah kunjungan yang dicatatkan lebih tinggi - naik dari 4.3 juta pada 2015 kepada 4.8 juta pada 2016 dan 5.1 juta tahun lalu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan