Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha kemampanan S'pura perlu tumpu pada sains dan teknologi, kata Masagos

Encik Masagos menekankan kerjasama antara pemerintah, industri dan golongan cendekiawan dalam usaha tangani perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2019 11:56PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 04:58PM

SINGAPURA: Usaha kemampanan Singapura perlu tertumpu kepada sains dan teknologi.

Demi mencapainya, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata pemerintah perlu bekerjasama dengan pihak industri dan golongan akademik bagi menangani perubahan iklim dan penggunaan sumber secara berlebihan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Forum Para Pemimpin dalam Sains pada Selasa (10 Sep).

Forum itu menghimpunkan lebih 350 pakar industri untuk membincangkan bagaimana teknologi dapat memainkan peranan penting dalam membantu Singapura menangani perubahan iklim.

Dalam ucapannya Encik Masagos juga memberi penekanan tentang langkah Singapura ke arah ekonomi kitaran.

Ini cuba dilakukan dengan mencari cara untuk mengguna semula bahan-bahan selama yang boleh dan mengubah "sampah menjadi harta."

Beliau juga berkata kemampanan bukan lagi setakat cara untuk menyediakan sekitaran hijau dan sesuai didiami tetapi sesuatu yang memberi kesan kepada kewujudan kita.

Encik Masagos turut menekankan perlunya ada kerjasama antara golongan akademik, syarikat-syarikat dan pemerintah dengan setiap sektor memainkan peranan yang berbeza tetapi penting.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan