Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha cari penawar COVID-19 berbilang pihak amat penting untuk selaraskan respons sejagat, kata PM Lee

Singapura berharap dapat bekerjasama dengan Suruhanjaya Eropah dan pertubuhan-pertubuhan seperti WHO untuk menghasilkan vaksin bagi COVID-19 serta mengedarkannya secara adil dan cepat kepada rakyat di semua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2020 05:43PM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 08:52PM

SINGAPURA: Singapura berharap dapat bekerjasama dengan Suruhanjaya Eropah dan pertubuhan-pertubuhan seperti WHO untuk menghasilkan vaksin bagi COVID-19 serta mengedarkannya secara adil dan cepat kepada rakyat di semua negara.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian di Sidang Puncak Ikrar "Matlamat Global, Bersatu untuk Masa Depan kita."

Encik Lee berkata inisiatif seperti sidang puncak ikrar global itu adalah bahagian penting dalam mencari huraian. Beliau menegaskan pandemik COVID-19 akan berterusan.

Sehingga vaksin ditemui, kata beliau, kita tidak mungkin dapat melihat kembali cara hidup seperti sebelum COVID-19 melanda.

Oleh itu, usaha mencari vaksin berbilang pihak sangat penting untuk menyelaraskan tindak balas antarabangsa.

Encik Lee berkata bersama-sama, dunia dapat mengatasi krisis generasi ini dan bangkit dengan lebih kuat.

Sumber : BERITA Mediacorp/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan