Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha bina semangat perpaduan berbilang kaum dan agama perlu diteruskan, kata Iswaran

Pencapaian negara ini sebagai sebuah negara berbilang kaum tidak boleh diremehkan mahupun dianggap sudah selesai. Sebaliknya, Singapura perlu terus meneruskan usaha penting ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2018 04:59PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 11:25PM

SINGAPURA: Pencapaian negara ini sebagai sebuah negara berbilang kaum tidak boleh diremehkan mahupun dianggap sudah selesai. Sebaliknya, Singapura perlu terus meneruskan usaha penting ini.

Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran yang berucap di forum Institut Pengajian Dasar (IPS) dan OnePeople.sg yang membincangkan tentang identiti etnik dan budaya.

Encik Iswaran menukil insiden yang berlaku pada 2011, di mana sebuah keluarga India digesa supaya jangan memasak hidangan kari selepas jiran Cina mereka membuat aduan. Insiden itu satu contoh yang menunjukkan bagaimana perkara seperti itu boleh tersebar dengan pantas di laman media sosial.

Satu tinjauan yang dijalankan Mediacorp dan IPS pada 2016 mendapati lebih 40 peratus responden menstereotaipkan perkara yang negatif terhadap kaum lain.

Pada masa yang sama, Encik Iswaran "berbesar hati" kerana pelbagai inisiatif dianjurkan golongan belia bagi membasmi diskriminasi. Antaranya termasuk "SG Muslims bagi Program Aidilfitri" anjuran Interfaith Youth Circle.

Di bawah program ini, semua tetamu, tidak kira agama, boleh berkunjung-kunjungan ke rumah masyarakat Melayu/Islam pada hari pertama Syawal untuk merasakan sendiri bagaimana ia diraikan. Ia sekaligus memberi peluang kepada rakyat Singapura untuk lebih memahami adat dan budaya kaum lain.

Encik Iswaran menambah, lebih banyak lagi boleh dilakukan bagi "projek memahami pelbagai budaya" Singapura.

"Pada peringkat masyarakat, kami harus menggalak interaksi antara kumpulan etnik dan budaya yang berlainan, supaya masyarakat boleh membina hubungan lebih baik, tanpa mengira kaum, bahasa atau agama," tegas Encik Iswaran.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan