Images

Usaha bersama penting demi rapatkan jurang digital dalam masyarakat, kata Iswaran

SINGAPURA: Perlu ada usaha bersama dalam kalangan masyarakat untuk merapatkan jurang digital antara satu sama lain.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata demikian di Sidang Puncak Pentadbiran Tekonologi Global hari ini (6 Apr).

Beliau juga menambah bahawa penyertaan digital penting untuk bergerak maju sedang ekonomi digital terus berubah-ubah.

Anggota panel yang lain menyokong tentang pentingnya kerjasama silang sektor bagi menyertakan orang ramai secara digital.

Encik Iswaran menambah bahawa jurang digital tidak sahaja wujud antara negara membangun dengan yang maju tetapi dalam kalangan negara yang maju juga kerana kurang kesedaran, akses dan pengetahuan.

Dalam satu lagi sesi dialog, Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak menarik perhatian akan hikmah di sebalik pandemik COVID-19.

Beliau berpendapat pandemik itu menjadi pemacu yang meningkatkan penggunaan teknologi yang ada.

LAPORAN BERKAITAN:

- CNA/RU/tq

Top