Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha baru beri golongan kurang daya intelektual wadah bersuara

Satu daya usaha baru yang memberi golongan kurang daya intelektual dan pembangunan diri peluang untuk bersuara dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee di acara We are Able! hari ini (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2018 06:49PM Dikemas Kini : 24 Mar 2018 09:51PM

SINGAPURA: Satu daya usaha baru yang memberi golongan kurang daya intelektual dan pembangunan diri peluang untuk bersuara dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee di acara We are Able! hari ini (24 Mac).

Para peserta projek itu bakal dilatih selama 12 sesi mengenai bagaimana mereka boleh membincangkan keperluan mereka sendiri dan menjadi suara masyarakat mereka.

Acara pelancaran projek tersebut turut meraikan kebolehan dan sumbangan golongan kurang upaya.

Dalam ucapannya di acara itu, Encik Lee juga menyentuh tentang komitmen Singapura selama ini untuk memperkukuh sokongan bagi golongan kurang upaya.

Ini termasuk bidang-bidang pencegahan awal, pendidikan dan pekerjaan.

Menurutnya, sekitar $400 juta setahun disalurkan ke arah inisiatif sedemikian.

Beliau selanjutnya berkata bahawa lebih banyak sokongan akan disediakan bagi para penjaga.

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan