Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha banteras berita palsu perlu kerjasama pelbagai pihak - PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatannya di Facebook hari ini (22 Sep) berkata usaha membanteras penyebaran berita palsu memerlukan kerjasama pelbagai pihak; bukan Pemerintah sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha banteras berita palsu perlu kerjasama pelbagai pihak - PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 11:17PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 11:20PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatannya di Facebook hari ini (22 Sep) berkata usaha membanteras penyebaran berita palsu memerlukan kerjasama pelbagai pihak; bukan Pemerintah sahaja.

Beliau berkata ia melibatkan pihak perniagaan, syarikat-syarikat teknologi dan pertubuhan media - serta orang ramai awam, untuk berwaspada dan bersikap bertanggungjawab.

"Dalam tempoh beberapa bulan ini... pemerintah akan meneliti laporan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online Disengajakan (DOF). Jawatankuasa itu sudah membentangkan 22 saranan, yang termasuk beberapa langkah perundangan dan langkah jangka panjang bagi menangani masalah tersebut," tulis Perdana Menteri Lee di laman Facebooknya.

Beliau juga memberi amaran sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran berita palsu termasuk dirinya sendiri dan Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam.

PM Lee menarik perhatian laman web palsu yang menggunakan nama Encik Tharman bagi menarik pelaburan bitcoin.

Maka itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai segala apa yang mereka baca di laman internet.

"Beberapa hari lalu, saya kongsi sebuah artikel CNA mengenai laman web palsu yang menggunakan nama DPM Tharman Shanmugaratnam untuk menarik pelaburan bitcoin. Ada kes serupa yang menggunakan nama saya. Jangan percaya semua yang anda dilihat di internet!", tulis PM Lee.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan