Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Urus tadbir baik penting bagi kemajuan ekonomi sejagat: Chan Chun Sing

Urus tadbir yang baik diperlukan untuk mewujudkan keadaan mantap yang penting bagi kemajuan dan kejayaan ekonomi sejagat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2019 09:28PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 12:41AM

SINGAPURA: Urus tadbir yang baik diperlukan untuk mewujudkan keadaan mantap yang penting bagi kemajuan dan kejayaan ekonomi sejagat.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata demikian di Forum Ekonomi Singapura-Perancis kedua, yang diadakan di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.

Encik Chan juga berkata keseimbangan politik yang mantap adalah kunci utama bagi negara-negara dan para pemimpin membuat keputusan yang berani dan sukar untuk kebaikan jangka panjang.

Encik Chan menambah bahawa sebuah kelas pertengahan yang goyah akan membawa kepada perpecahan pusat politik, diburukkan lagi dengan para pemimpin yang berpaling kepada populisme.

Lantaran itu, terdapat keperluan untuk mengagihkan semula manfaat globalisasi, menyegarkan kembali industri dan memulihkan peraturan sejagat.

Forum tersebut menggulung Tahun Inovasi Singapura-Perancis, yang menyaksikan lebih 60 acara dan 12 lawatan peringkat tinggi antara barisan pemimpin dari kedua-dua negara, sekali gus meraih kerjasama baru dalam bidang-bidang teknologi, pendidikan dan keselamatan.

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan