Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

URA teroka kegunaan ruang bawah tanah di bawah Draf Pelan Induk

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menggunakan teknologi 3D khas untuk mengkaji kawasan bawah tanah sebagai sumber strategik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2019 12:59PM Dikemas Kini : 27 Mar 2019 11:32PM

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menggunakan teknologi 3D khas untuk mengkaji kawasan bawah tanah sebagai sumber strategik.

URA mengumumkan demikian hari ini (27 Mac) semasa melancarkan Draf Pelan Induknya untuk 2019. Pelan Induk itu adalah satu rangka tindakan dalam merancang pembangunan Singapura bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang dan disemak setiap lima tahun.

URA menyatakan ia memperkenalkan peta bawah tanah 3D bagi kawasan Marina Bay, Daerah Inovasi Jurong dan Daerah Digital Punggol, dan merancang untuk memperluaskan projek perintis itu bagi meliputi lebih banyak kawasan.

Diberi nama Pelan Kawalan Khas dan Terperinci (SCDP), peta berkenaan menunjukkan rancangan penggunaan kawasan bawah tanah bagi setiap daerah dalam bentuk 3D, yang boleh membantu dalam tujuan perancangan.

URA juga sedang mengkaji kemungkinan menyediakan kawasan permukaan tanah lebih luas bagi kegunaan orang ramai selain menempatkan semula khidmat awam, pengangkutan serta kemudahan penyimpanan dan perindustrian ke kawasan bawah tanah. 

Sebagai contoh, ketua perancang URA Hwang Yu-Ning berkata, pencawang baru di Labrador di kawasan Pasir Panjang berupaya membekalkan tenaga kepada lebih dua bandar perumahan awam. Dengan membina pencawang di bawah tanah, ruang permukaan tapak tanah seluas tiga hektar kini terbuka untuk kegunaan lain.

Kegunaan ruang-ruang bawah tanah mungkin berbeza-beza dan bergantung pada kedalamannya.

URA juga mengumumkan bahawa Pelan Ruang Bawah Tanah 3D akan diperkenalkan pada lewat tahun ini.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan