Upacara peringatan di Kranji bagi hormati mangsa perang
Suruhanjaya Tinggi Britain dan Liga Veteran Angkatan Bersenjata Singapura mengadakan upacara tahunan untuk memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban dalam peperangan.
SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Britain dan Liga Veteran Angkatan Bersenjata Singapura mengadakan upacara tahunan untuk memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban dalam peperangan.
Upacara Peringatan Hari Ahad ini (10 Nov) berlangsung di Tanah Perkuburan Perang Kranji.
Ia diadakan selama 30 minit dan dihadiri para anggota diplomat, wakil tentera dalam dan luar negeri, pemimpin agama serta orang awam.
Sekitar 60 wakil meletakkan karangan bunga sebagai penghormatan kepada mereka yang terbunuh di medan perang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.