Images

Upacara Memperingati Hari Kebangsaan diadakan lebih sederhana di Istana

SINGAPURA: Upacara Memperingati Hari Kebangsaan di Istana berlangsung secara lebih sederhana kerana COVID-19.

Buat kali kedua, acara tahunan ini diadakan secara hibrid.

Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong hadir di Istana sementara lebih 300 peserta menghadirinya secara maya.

Video muzik lagu-lagu Hari Kebangsaan tahun ini juga dipaparkan.

Dalam catatan Facebook, Presiden Halimah berkata meskipun sewaktu pandemik, Singapura masih cuba "membuat penyesuaian bagi meneruskan tradisi sekian lama seperti Upacara Memperingati Hari Kebangsaan".

PM Lee pula berkata pandemik ini "tidak memalapkan acara sambutan maya atau menjadikannya kurang bermakna". 

- CNA/EM/ha

Top