Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

UOB lancar huraian pinjaman wang kereta secara digital

Proses pinjaman wang yang baru tidak melibatkan pengisian borang secara manual, penyediaan dokumen serta masa memproses yang lama

Anggaran Waktu Membaca:
UOB lancar huraian pinjaman wang kereta secara digital

(Gambar: UOB)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 10:38PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 10:40PM

SINGAPURA: UOB melancarkan huraian pembiayaan digital untuk para pembeli kereta hari ini (30 Jul). Menurut UOB, ia akan memendekkan waktu menunggu bagi pinjaman diluluskan, daripada tiga hari kepada 15 minit sahaja.

UOB menyatakan bahawa satu kajian yang dijalankan pihaknya mendapati satu kerumitan utama dalam proses membeli kereta adalah jumlah borang yang perlu diisi dan masa untuk seorang jurujual dan pelanggan menyiapkan permohonan pinjaman bagi membeli kereta.

Proses pinjaman wang untuk membeli kereta UOB yang baru tidak lagi melibatkan pengisian borang secara manual, penyediaan dokumen-dokumen serta masa memproses yang lama, menurut UOB dalam satu kenyataan media.

Proses baru tersebut disediakan di tujuh kedai jual beli kereta di serata negara dan laman jual beli online, Carousell. Tujuh kedai berkenaan adalah Cycle and Carriage Singapore, Inchcape Singapore, Motor Image Enterprises, Performance Premium Selection Limited, Premium Automobiles, Tan Chong Motor Sales dan Trans Eurokars.

Secara keseluruhan, mereka menawarkan sebanyak 11 jenama kereta yang membentuk hampir dua pertiga jumlah kereta yang terjual di Singapura.

Ketua khidmat kewangan peribadi UOB di Singapura, Cik Jacquelyn Tan percaya bahawa huraian pembiayaan baru itu akan "merubah proses membeli kereta". 

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan