Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Untunglah!' wadah baru DPPMS bagi kembangkan perniagaan Melayu/Islam

Satu lagi wadah disediakan untuk para usahawan Melayu/Islam meluaskan perniagaan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Untunglah!' wadah baru DPPMS bagi kembangkan perniagaan Melayu/Islam

Gambar: Abdul Hamid Abdullah/Facebook

SINGAPURA: Satu lagi wadah disediakan untuk para usahawan Melayu/Islam meluaskan perniagaan.

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) melancarkan kad 'NETS flashpay' untuk menggalak orang ramai melanggani perniagaan milik anggotanya.

Pelancarannya diadakan di Konvensyen DPPMS semalam (2 Mei) di mana dua Memorandum Persefahaman turut ditandatangani bagi menggalak perubahan digital di kalangan perniagaan Melayu/Islam.

Dengan tema 'Satu Masyarakat, Bersedia Untuk Masa Hadapan', konvensyen yang diadakan buat julung-julung kalinya itu bertujuan menggalakkan perniagaan-perniagaan ke arah inovasi dan transformasi digital.

Ia turut menitikberatkan kepentingan bersatu padu dan bekerjasama dalam menghadapi lanskap perniagaan yang mencabar.

Maka itu, DPPMS melancarkan kad keistimewaan 'Untunglah!' yang menawarkan manfaat dan potongan harga di sekitar 60 perniagaan.

Sasarannya untuk menambah jumlah tersebut kepada 100 perniagaan menjelang akhir tahun ini.

Dalam usaha memacu projek Pendigitalan Kampong Gelam pula, satu perjanjian dimeterai antara DPPMS dengan Persatuan Satu Kampong Gelam (OKG).

Bersama kerjasama yang ditandatangani dengan Persatuan Restoran-Restoran Singapura (RAS), kedua-dua MOU tersebut akan membuka peluang kepada lebih 1,000 syarikat untuk bekerjasama dan berkongsi kepakaran.

"Untuk kekal relevan, kita harus melihat kepada ekonomi global dan sentiasa berinovasi. Perniagaan hari ini harus memikirkan tentang ekonomi kolaboratif yang akan menjadi kelaziman. Dan ekonomi tempatan kini ibersifat global. Kalau kita tidak siapkan diri, siapkan bisnes sendiri untuk mengatasi itu semua, kita tanpa sedar akan terkebelakang," kata Encik Syafiq Yusoff, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Riverwood Pte Ltd.

Mantan Menteri MCI Dr Yaacob Ibrahim, yang berusaha menggerakkan program pendigitalan Kampong Gelam menggesa perniagaan Melayu/Islam untuk merebut peluang daripada revolusi digital agar mereka tidak ketinggalan.

Awal tahun ini, beliau mengumumkan, 200 peniaga di kawasan utama Kampong Gelam akan dibantu untuk mengamalkan huraian-huraian digital bagi meningkatkan operasi perniagaan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan