Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Unjuran awal GDP suku ke-4 & keseluruhan 2017 dikeluarkan 2 Jan

Unjuran awal Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura bagi suku keempat tahun ini dan juga bagi keseluruhan 2017 akan dikeluarkan Selasa depan (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Unjuran awal GDP suku ke-4 & keseluruhan 2017 dikeluarkan 2 Jan

Gambar fail: Diane Leow

Diterbitkan : 27 Dec 2017 12:09AM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 12:10AM

SINGAPURA: Unjuran awal Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura bagi suku keempat tahun ini dan juga bagi keseluruhan 2017 akan dikeluarkan Selasa depan (2 Jan).

Demikian diumumkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan hari ini (26 Dis).

Pertumbuhan ekonomi Singapura tahun ini dijangka mencecah 3.3 peratus.

Ini menurut ahli ekonomi sektor privet yang ditinjau oleh Penguasa Kewangan Singapura dalam dapatan tinjauan yang dikeluarkan awal bulan ini (13 Dis).

Bulan lalu, Pemerintah meramalkan pertumbuhan tahun ini antara tiga dengan 3.5 peratus. Ini lebih tinggi berbanding unjuran awal antara dua dengan tiga peratus.

Ekonomi Singapura tumbuh 5.2 peratus pada suku ketiga tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ini adalah pertumbuhan suku tahunan yang paling kukuh sejak tahun 2013.

Bgai tahun 2018, Pemerintah menjangkakan ekonomi tumbuh antara 1.5 dengan 3.5 peratus.

Sementara itu, ahli ekonomi sektor privet meramalkan pertumbuhan GDP tahun depan mencecah tiga peratus.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan