Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Universiti tempatan anjur program kenal suai secara maya; hadkan jumlah mahasiswa di kampus

Daripada program suai kenal hingga ke pesta mahasiswa secara maya, universiti-universiti tempatan memastikan pengalaman mahasiswa baru tidak terjejas oleh pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2020 05:22PM Dikemas Kini : 23 Aug 2020 08:45PM

SINGAPURA: Daripada program suai kenal hingga ke pesta mahasiswa secara maya, universiti-universiti tempatan memastikan pengalaman mahasiswa baru tidak terjejas oleh pandemik COVID-19.

Namun, jumlah mahasiswa di kampus tetap dihadkan atas sebab-sebab keselamatan.

Tahun akademik yang baru sudahpun bermula di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan seperti universiti-universiti lain merata negara, kuliah diadakan secara online bagi kumpulan melebihi 50 mahasiswa.

Mereka yang berada di kampus pula perlu terus berada dalam kawasan zon-zon tertentu dan berkecuali. Dengan menggunakan satu aplikasi, seseorang mahasiswa boleh menentukan kawasan-kawasan yang boleh mereka akses.

Menurut NUS, ini bertujuan mencegah daripada kesesakan dan berlakunya silang jangkitan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Bagi mahasiswa baru di Institut Teknologi Singapura (SIT) pula, mereka dapat menyertai lawatan kampus secara maya dan bertemu dengan rakan-rakan sekursus melalui aplikasi Zoom.

Untuk meningkatkan keselamatan mahasiswa apabila mereka kembali ke kampus, SIT akan melaksanakan pemeriksaan suhu badan secara automatik bersama sistem pengecaman wajah apabila penggal baru bermula pada September kelak.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan