Images
  • uniqlo apsn
    Ruang latihan runcit yang pertama bagi para pelajar keperluan khas di Singapura. (Gambar: Natasha Razak)

Uniqlo tubuh ruang latihan runcit pertama di S'pura bagi pelajar keperluan khas

SINGAPURA: Syarikat gergasi runcit Jepun, Uniqlo, menubuhkan ruang latihan runcitnya yang pertama, bagi para pelajar keperluan khas di Singapura.

Matlamatnya, untuk memberi golongan istimewa ini pengalaman kerja yang sebenar.

Ruang tersebut bagaimanapun bukan gedung Uniqlo biasa, tetapi ia terletak di APSN Delta Senior School - sebuah institut kejuruan bagi pelajar dengan keperluan khas.

Di sana, mereka belajar cara menangani pelanggan, serta bagaimana menggosok dan melipat baju.

Ia sebahagian daripada satu-satunya kerjasama sepertinya antara syarikat fesyen Jepun ini dan sekolah APSN Delta.

Sejak Januari, Uniqlo menyediakan pelan pembelajaran dan bahan latihan, untuk memberi pengalaman amali kepada pelajar - tentang bekerja di sebuah gedung runcit.

Bagi pelajar seperti Lim Chee Kiang, yang disahkan mempunyai Skoliosis, sedikit kekurangan pada daya inteleknya, dan Masalah terlalu aktif dan Defisit Perhatian (ADHD), inisiatif ini menyediakannya bagi kehidupan sebenar.

Pihak APSN berharap dengan ini, lebih banyak majikan akan mengamalkan sikap terbuka dalam menggajikan golongan keperluan khas.

Contohnya, Uniqlo menggajikan 30 pekerja seperti ini dan sedang berusaha menambah bilangannya. 

- CNA/im

Top