Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Undang-undang tangani kepalsuan online berkuat kuasa

Lima bulan setelah ia diluluskan di Parlimen, undang-undang baru Singapura yang bertujuan menangani penyebaran kepalsuan dalam talian secara sengaja berkuatkuasa pada Rabu (2 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Undang-undang tangani kepalsuan online berkuat kuasa

Gambar hiasan. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 02 Oct 2019 02:50PM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 02:55PM

SINGAPURA: Lima bulan setelah ia diluluskan di Parlimen, undang-undang baru Singapura yang bertujuan menangani penyebaran kepalsuan dalam talian secara sengaja berkuatkuasa pada Rabu (2 Okt).

Ini menurut satu pemberitahuan yang diterbitkan sehari sebelumnya dalam Warta Pemerintah elektronik bersama beberapa pengumuman lain yang membentangkan perundangan berkaitan di bawah Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) serta perintah pengecualian sementara untuk memberi beberapa firma teknologi masa untuk memenuhi peraturan baru itu.

POFMA diluluskan di Parlimen pada 9 Mei selepas perbahasan selama dua hari. Sebelum itu, perbincangan awam diadakan termasuk pembentangan Jawatankuasa Terpilih selama lapan hari yang diadakan pada Mac lalu.

Di bawah POFMA, yang bertujuan melindungi masyarakat daripada berita palsu yang menjejas kepentingan awam, satu kepalsuan membawa maksud "satu kenyataan fakta yang palsu atau mengelirukan". Ia tidak meliputi pendapat, kritikan, satira atau parodi.

Undang-undang baru itu memberi para menteri kuasa untuk memutuskan apakah itu kepalsuan dan sekiranya ia melibatkan kepentingan awam, mengarahkan "penguasa berkelayakan" untuk mengambil tindakan. Ini termasuk mengeluarkan pembetulan kepada kandungan palsu itu atau perintah memadamkannya dalam kes-kes lebih berat.

Semasa proses perbincangan awam dan bahas di Parlimen, keprihatinan diutarakan mengenai sama ada POFMA akan memberi pihak Pemerintah kuasa berlebihan dalam menentukan kepalsuan dan hukuman, serta mempunyai "kesan menakutkan" terhadap kebebasan bersuara.

Berkenaan isu itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap undang-undang K Shanmugam berkata bahawa terdapat "mekanisme pengawasan yang jelas" untuk mengelakkan sebarang salah guna kuasa oleh Pemerintah.

Undang-undang baru itu menyatakan bahawa keputusan seorang menteri boleh dicabar di mahkamah dan dibuka untuk proses mengkaji semula kehakiman.

Mengulas tentang keprihatinan mengenai kos dan masa untuk rayuan, Encik Shanmugam menekankan bahawa proses ini akan dibuat dengan cepat dan mudah dengan kos dikekalkan pada tahap yang "amat rendah". 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan