Images
  • retail store sg
    (Gambar: TODAY)

Undang-undang diperkenal tetapkan pemilik bangunan beri pelepasan sewa 2 minggu kepada penyewa

SINGAPURA: Pemilik bangunan komersil mungkin perlu memberi pelepasan sewa selama dua minggu kepada penyewa yang terjejas semasa tempoh Fasa 2 Kewaspadaan Dipertingkat.

Kementerian Undang-undang memperkenalkan pindaan kepada rang undang-undang Rangka kerja Pengecualian Sewa di Parlimen hari ini (13 Sep).

Bersama dengan Skim Sokongan Sewa sebelum ini, penyewa dijangka meraih manfaat sejumlah satu bulan setengah sokongan sewa jika pindaan itu diluluskan.

Untuk layak bagi pengecualian sewa tersebut, para penyewa perlu menunjukkan kemerosotan hasil pendapatan bulanan sekurang-kurangnya 20 peratus semasa kedua-dua tempoh kewaspadaan dipertingkat,
berbanding semasa tempoh fasa ketiga antara penghujung Disember dan 7 Mei.

Kementerian Undang-Undang menyatakan semasa tempoh kewaspadaan dipertingkat, keringanan sewa tidak ditawarkan sama rata oleh para pemilik bangunan, walaupun mereka digalakkan untuk berbuat demikian.

Namun, pihak kementerian akui, tidak semua pemilik mampu memberikan pengecualian sewa.

Oleh itu, mereka boleh bermohon untuk dikecualikan daripada kewajipan tersebut, contohnya jika nilai tahunan hartanah mereka di bawah S$60,000.

- CNA/RU/ha

Top