Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Umrah DIY ditawarkan; jemaah boleh atur sendiri perjalanan

Wisata atur sendiri atau "Do It Yourself" (DIY) memang sudah menjadi kebiasaan dalam era digital sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Wisata atur sendiri atau "Do It Yourself" (DIY) memang sudah menjadi kebiasaan dalam era digital sekarang.

Namun buat julung-julung kalinya, rakyat Singapura kini berpeluang melakukan umrah DIY juga menerusi laman Internet, Shahidah Holidays.

Ini lebih-lebih membantu memandangkan 50 peratus daripada sekitar 13,000 rakyat Singapura yang sudah dan akan mengerjakan umrah semasa musim cuti sekolah sekarang berusia 40 tahun ke bawah yang cerdik IT.

Sebelum ini, anda yang mahu mengerjakan umrah, lazimnya akan ke pejabat ejen-ejan pelancongan Islam tempatan untuk memilih pakej umrah yang ditawarkan dan kemudian membuat pendaftaran langsung.

Namun sekarang, anda hanya perlu ke laman web Shahidah Holidays untuk berbuat demikian.

"Pasaran terbuka sekarang ini, mereka ada banyak pilihan dengan adanya sistem digital, jadi yang untung adalah pelanggan kami.

Mereka boleh buat pilihan hotel, penerbangan, kereta api dan pilihan tarikh tinggal lama atau singkat dan bajet mereka boleh disesuaikan, bermakna lebih ramai akan pergi umrah sebagai keluarga," kata Pengarah Urusan Shahidah Travel, Ayoob Angullia.

Di bawah kaedah baru ini, para jemaah boleh memilih untuk mengerjakan umrah mengikut cita rasa masing-masing dan tidak lagi terikat kepada pakej-pakej tetap yang ditawarkan pihak GSA.

Ini termasuk aturcara umrah dan ziarah yang mereka suka seperti naik kereta api laju atau bas ke Makkah atau Madinah, setibanya di Jeddah dari Singapura.

Urusan permohonan visa umrah juga boleh dilakukan secara online, kecuali penghantaran pasport ke Kedutaan Arab Saudi di Singapura.

Presiden AMTAS, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Jumat, berkata: "Ada juga orang yang buat tempahan penerbangan di Internet tetapi apabila mereka perlukan perkhidmatan seperti hotel, kenderaan, berziarah itu, mereka terpaksa rujuk kepada ejen-ejen pelancongan yang sudah ada perkhidmatan tersebut."

Ini bermakna ia lebih mudah bagi pelanggan membuat tempahan untuk lawatan umrah melalui laman web sehenti.

Dua minggu lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa sejauh ini, lebih satu juta visa umrah sudah dikeluarkan sejak Oktober lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan