Umat Islam S'pura sambut Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos
Masyarakat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos ini. Demikian diumumkan oleh Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram.
SINGAPURA: Masyarakat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos ini. Demikian diumumkan oleh Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram.
Berikut adalah pengumuman beliau mengenai awal Zulhijjah dan Hari Raya Haji:
"Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS, anak bulan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura setelah terbenam matahari petang tadi.
"Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Zulkaedah 30 hari.
"Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Zulhijjah 1439H jatuh pada lusa, Isnin bersamaan 13hb Ogos 2018.
"Ini bermakna Hari Raya Aidiladha 10hb Zulhijjah 1439H, jatuh pada hari Rabu bersamaan 22hb Ogos 2018.
"Saya mengucapkan selamat beribadah dalam bulan Zulhijjah ini dan selamat menyambut Aidiladha.
"Semoga Allah menerima segala amal bakti kita."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.