Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Umat Islam S'pura sambut Aidiladha pada 11 Ogos

Masyarakat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 11 Ogos ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Aug 2019 07:08PM Dikemas Kini : 01 Aug 2019 09:36PM

SINGAPURA: Masyarakat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 11 Ogos ini.

Demikian diumumkan Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram hari ini (1 Ogos).

Berikut adalah pengumuman penuh beliau mengenai awal Zulhijjah dan Hari Raya Haji:

"Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara negara anggota MABIMS, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 19 minit setelah terbenam matahari petang tadi.

Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Zulhijjah bagi tahun 1440H jatuh pada esok Jumaat bersamaan dengan 2hb Ogos 2019. Maka Hari Raya Haji jatuh pada hari Ahad bersamaan 11hb Ogos 2019.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian kaum Muslimin Muslimat Singapura selamat beribadah di dalam bulan Zulhijjah dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah S.W.T menerima segala amal ibadah kita." 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan