Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'ULeap Communities' bantu pemilik SME kembangkan rangkaian niaga, tingkat kemahiran

Para majikan syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) kini boleh memanfaatkan "warga online" baru dengan peluang rangkaian dan pembelajaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2019 08:16PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 09:39PM

SINGAPURA: Para majikan syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) kini boleh memanfaatkan 'warga online' baru yang menawarkan peluang rangkaian dan pembelajaran.

Ia dilancarkan hari ini (13 Mac) di Persidangan Industri dan Perkhidmatan 4.0 yang meneroka langkah-langkah untuk pekerja dan perniagaan mula menggunakan teknologi digital.

Teknologi memberi kesan kepada tempat kerja, dan ini membuatkan SME perlu meningkatkan keupayaan mereka.

Namun pemilik perniagaan merasakan amat sukar untuk mengetepikan masa bagi sesi-sesi latihan.

Dengan pelancaran ULeap Communities, mereka boleh meningkatkan kemahiran menerusi aplikasi, mengikut rentak mereka sendiri.

Setakat ini terdapat 14 modul - dengan kebanyakannya menyentuh tentang pengurusan sumber manusia.

Sekitar 50 modul akan ditawarkan pada tahun ini.

Kursus-kursus secara online itu boleh juga disertakan bersama bengkel bagi mendapatkan sijil.

Di acara pelancarannya, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng menggesa supaya para pekerja dan peniaga mengambil kesempatan sepenuhnya dalam mempelajari tentang transformasi digital.

Beliau menegaskan pada akhirnya nanti 2-3 peratus pertumbuhan Singapura akan dihasilkan oleh pertumbuhan produktiviti. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan