Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ular ditangkap dekat Tang Plaza tidak disalah kendali, menurut AVA

Seekor ular yang ditangkap oleh para kakitangan Anticimex di luar Tang Plaza tidak disalah kendali, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyusuli siasatan yang dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ular ditangkap dekat Tang Plaza tidak disalah kendali, menurut AVA

Kakitangan Anticimex ketika cuba menangkap seekor ular sawa di luar Tang Plaza.

Diterbitkan : 20 Feb 2019 02:20PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 02:23PM

SINGAPURA: Seekor ular yang ditangkap oleh para kakitangan Anticimex di luar Tang Plaza tidak disalah kendali, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyusuli siasatan yang dijalankan.

Dalam kiriman emel kepada syarikat kawalan haiwan perosak itu yang dilihat oleh Mediacorp hari ini (20 Feb), AVA menyatakan ia sudah menyelesaikan siasatan ke atas insiden berkenaan.

Menurut emel bertarikh 11 Februari: "AVA sudah selesai menjalankan siasatan terhadap kes itu dan kami dapati tiada salah pengendalian oleh kakitangan anda yang ditugaskan untuk menangkap ular sawa di luar Tangs Plaza pada 29 Januari 2019."

Kes itu menarik perhatian ramai setelah satu video di media sosial menunjukkan seorang kakitangan Anticimex, Mohd Farhan, memijak seekor ular sawa sepanjang tiga meter ketika sedang cuba menangkapnya.

Video itu juga menunjukkan Encik Farhan dipatuk ular tersebut. Beliau juga menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan gigi ular yang tertusuk, menurut syarikat berkenaan.

Dalam emel berkenaan, AVA menyifatkan kejadian tersebut sebagai "malang". Tambahnya, oleh kerana Encik Farhan dipatuk dalam proses tersebut, beliau terpaksa menggunakan kekerasan untuk menangkap ular sawa tersebut.

"Encik Farhan bertindak dengan sewajarnya untuk mencegah ancaman bahaya dan kecederaan pada dirinya dan orang awam yang berdekatan," menurut AVA dalam emelnya kepada Anticimex.

Memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp berhubung siasatan itu, AVA menyatakan: "Ular itu ditemui di sebuah tempat yang sesak dengan orang ramai. Siasatan kami mendapati bahawa para kakitangan di tempat itu menangkap ular tersebut dengan cara paling praktikal."

Anticimex menyatakan ia gembira bahawa pihak berkuasa sudah selesai menjalankan siasatan terhadap tindakan kakitangannya.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana megendalikan perkara ini dengan profesional," menurutnya dalam satu kenyataan.

"Pasukan kami di Anticimex akan terus menumpukan perhatian kepada operasi seharian kami, serta bekerjasama dengan para pakar dalam bidang kami dan elak daripada terganggu oleh komen-komen pemerhati," menurutnya.

Syarikat itu menambah bahawa ia akan terus "memperkasa para pekerja untuk mengambil tindakan segera dan betul bila perlu, untuk mencegah dan melindungi rakyat Singapura dalam kehidupan seharian mereka."  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan