Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ujian wajib COVID-19 bagi penduduk 91 Henderson Road setelah kes dikesan

Semua penduduk di 91 Henderson Road akan menjalani ujian COVID-19 setelah lima kes dikesan di blok itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian wajib COVID-19 bagi penduduk 91 Henderson Road setelah kes dikesan

Blok 91 Henderson Road (Petikan skrin: Google Maps)

Diterbitkan : 29 Jun 2021 09:48PM Dikemas Kini : 29 Jun 2021 09:51PM

SINGAPURA: Semua penduduk di 91 Henderson Road akan menjalani ujian COVID-19 setelah lima kes dikesan di blok itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (29 Jun).

Lima kes itu dikesan di tiga isi rumah. Siasatan epidemiologi sedang dijalankan untuk menentukan kaitan dan sumber penularannya, tambah MOH.

Ujian swab COVID-19 akan dijalankan bagi "mencegah sebarang penularan dalam masyarakat yang lebih meluas dan tidak dapat dikesan", jelas kementerian itu.

Ujian swab secara sukarela ditawarkan bagi penduduk yang telah disahkan negatif COVID-19 dari 25 Jun dan seterusnya.

Ujian wajib akan dijalankan mulai 30 Jun hingga 1 Julai antara 9.00 pagi dengan 4.00 petang di sebuah astaka di 96B Henderson Road.

Bagi pengunjung dan mereka yang telah bergaul dengan penduduk di 91 Henderson Road antara 9 Jun dengan 28 Jun, ujian adalah sukarela. Ini untuk mengesan kemungkinan kes tanpa gejala dalam masyarakat, menurut MOH.

Ujian bagi pengunjung akan dikendalikan mengikut janji temu hanya di pusat pemeriksaan daerah yang ditetapkan dari 30 Jun hingga 1 Jul, dan di astaka di 96B Henderson Road pada 1 Jul dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempahan janji temu boleh dibuat secara online.

"Sekiranya kes COVID-19 positif dikesan, MOH akan mengasingkan kes tersebut, mengenal pasti semua kontak rapat, menguji dan mengenakan kuarantin ke atas mereka untuk melindungi masyarakat daripada penularan lebih lanjut," tambah kementerian itu.

Penduduk dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka dengan teliti dan segera berjumpa doktor sekiranya mereka kurang sihat.

MOH juga menasihati mereka yang sedang menunggu keputusan ujian supaya mengurangkan interaksi sosial seberapa mungkin. Mereka perlu terus memantau kesihatan mereka dan segera mendapatkan bantuan perubatan sekiranya tidak sihat.

91 Henderson Road tidak jauh dari 105 Henderson Crescent, yang dikesan sebagai kelompok baru pada Jumaat lalu. Sebanyak 13 kes dikaitkan dengan blok itu setakat Isnin.

Semua penduduk di 103 Henderson Crescent juga menjalani ujian swab yang berakhir pada Selasa.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan