Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ujian wajib COVID-19 bagi penduduk 3 blok HDB di Ang Mo Kio, Clementi selepas kes dikesan

Penduduk di tiga blok HDB di Ang Mo Kio Avenue 10 dan Clementi Avenue 3 perlu menjalani ujian swab wajib COVID-19 setelah kes jangkitan dikesan dalam kalangan penduduk di sana.

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian wajib COVID-19 bagi penduduk 3 blok HDB di Ang Mo Kio, Clementi selepas kes dikesan

(Petikan skrin: Google Street View)

Diterbitkan : 28 Jul 2021 09:56PM Dikemas Kini : 28 Jul 2021 09:59PM

SINGAPURA: Penduduk di tiga blok HDB di Ang Mo Kio Avenue 10 dan Clementi Avenue 3 perlu menjalani ujian swab wajib COVID-19 setelah kes jangkitan dikesan dalam kalangan penduduk di sana.

Kes itu dikesan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap kemungkinan berlaku penularan COVID-19 di kedua-dua kawasan tersebut, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (28 Jul).

Setakat ini, 10 kes jangkitan COVID-19 dikesan dalam enam isi rumah di 438 Ang Mo Kio Avenue 10.

Lagi 10 kes lain juga dikesan dalam tujuh isi rumah di 430 Clementi Avenue 3, dan lagi tiga kes dalam tiga isi rumah di 445A Clementi Avenue 3, menurut MOH.

Kementerian itu menambah bahawa kebanyakan kes tersebut berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong dan siasatan epidemiologi sedang dijalankan.

Ujian swab wajib COVID-19 bagi semua penduduk di 438 Ang Mo Kio Avenue 10 akan dijalankan di kolong blok itu pada 29 Jul antara 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Ujian itu tidak diwajibkan bagi mereka yang pernah diuji negatif COVID-19 sejak 24 Julai.

Untuk mengesan kemungkinan ada kes tanpa gejala dalam masyarakat, MOH juga akan menjalankan ujian COVID-19 secara sukarela bagi pengunjung dan mereka yang telah berinteraksi dengan penduduk blok itu antara 13 hingga 27 Julai.

"Kami menggalakkan individu-individu ini agar tampil dan menjalani ujian," gesa Kementerian Kesihatan.

Ujian swab akan dilakukan hanya dengan janji temu di pusat pemeriksaan daerah yang ditetapkan dari 29 hingga 30 Julai, 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Tempahan janji temu dan maklumat lokasi ujian alternatif boleh didapati secara online.

UJIAN SWAB BAGI PENDUDUK CLEMENTI

Ujian swab wajib COVID-19 bagi semua penduduk di blok 430 dan 445A Clementi Avenue 3 akan dijalankan di kolong blok 430 Clementi Avenue 3 dari 29 hingga 30 Julai, bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Mereka yang pernah diuji negatif COVID-19 sejak 24 Julai tidak diwajibkan jalani ujian lagi.

Ujian secara sukarela juga ditawarkan bagi pengunjung dan mereka yang pernah berinteraksi dengan penduduk 430 dan 445A Clementi Avenue 3 antara 13 hingga 27 Julai.

Ujian akan dilakukan menerusi janji temu hanya di pusat-pusat ujian daerah yang ditetapkan, dan di kolong blok 321 Clementi Avenue 5 dari 29 hingga 31 Julai, 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Maklumat lanjut mengenai janji temu dan lokasi ujian alternatif boleh didapatkan secara online.

Orang ramai juga boleh menghubungi 1800 333 9999 sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan.

MOH mengingatkan semua penduduk agar membawa NRIC mereka bagi tujuan pengenalan diri.

Risalah telah diedarkan dan pemberitahuan SMS dihantar kepada penduduk dengan maklumat lanjut, menurut MOH.

"Para penduduk diingatkan supaya menepati waktu janji temu mereka. Mereka juga dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka dengan teliti dan segera berjumpa doktor sekiranya mereka merasa tidak sihat. Mereka yang masih menunggu keputusan ujian mereka dinasihatkan agar mengurangkan pergaulan sosial seberapa mungkin,” tambah kementerian itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan