Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ujian teori online wajib bagi penunggang basikal, skuter elektrik mulai 30 Jun

Ujian teori wajib bagi penunggang basikal elektrik dan eskuter akan bermula 30 Jun. Demikian diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (30 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Apr 2021 03:52PM Dikemas Kini : 01 May 2021 01:33AM

SINGAPURA: Ujian teori wajib bagi penunggang basikal elektrik dan eskuter akan bermula 30 Jun. Demikian diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (30 Apr).

Penunggang harus lulus ujian itu terlebih dahulu, yang terdiri daripada soalan pilihan berganda (multiple choice), sebelum menggunakan mereka di jalan raya atau laluan berbasikal.

Terdapat buku panduan elektronik, yang kini tersedia dalam bahasa Inggeris, untuk membantu mereka memahami mengenai keselamatan di kedua-dua jalan raya dan laluan.

Versi dalam bahasa ibunda akan disediakan pada tarikh kemudian, menurut LTA dalam catatan Facebooknya.

Buku panduan itu merangkumi pelbagai tajuk seperti cara menyenggara peranti mereka, peralatan dan pakaian keselamatan yang sesuai, mengendalikan senario-senario perjalanan berbeza serta apa yang perlu dilakukan jika berlakunya kemalangan.

Ujian wajib untuk penunggang diumumkan pada 4 Disember dan mereka harus berusia sekurang-kurangnya 16 tahun, sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan baru.

Pengguna basikal yang menggunakan kuasa (PAB) juga perlu lulus ujian di bawah Akta Mobiliti Aktif yang dipinda, baru-baru ini.

Setiausaha Parlimen Kanan Pengangkutan Baey Yam Keng berkata, ujian itu adalah sebahagian daripada usaha pendidikan awam untuk menggalak amalan menunggang dengan selamat.

"Ini akan menjadi langkah penting dalam memastikan penunggang eskuter dan PAB kenali peraturan mobiliti aktif dan kod tingkah laku, dan dapat berkongsi ruang dengan selamat dan bertanggungjawab dengan pengguna laluan yang dikongsi dan jalan raya," katanya di Facebook pada Jumaat.

Maklumat lanjut mengenai bila dan bagaimana penunggang boleh mengambil ujian teori tersebut akan diumumkan apabila tiba waktunya, tambah Encik Baey.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan