Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ujian pengesanan wajah, iris bagi pelepasan imigresen di Pusat Pemeriksaan Tuas

Satu ujian selama enam bulan, sistem pelepasan imigresen tanpa sentuh dan "lancar" di Pusat Pemeriksaan Tuas sedang dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Apr 2019 01:38PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 08:34PM

SINGAPURA: Satu ujian selama enam bulan, sistem pelepasan imigresen tanpa sentuh dan "lancar" di Pusat Pemeriksaan Tuas sedang dijalankan. Demikian diumumkan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (15 Apr).

Ujian tersebut yang bermula pada 8 Apr, menggunakan salah satu lorong ketibaan bas di pusat pemeriksaan itu.

Para pengunjung tidak perlu menunjukkan pasport atau cap jari bagi pemeriksaan. Sebaliknya identiti mereka disahkan menggunakan iris mata dan imej wajah.

Para peserta tidak boleh menggunakan kaca mata gelap dan penutup kepala seperti topi apabila melalui lorong pemeriksaan tanpa sentuhan itu.

Rakyat Singapura berusia 6 tahun ke atas yang memegang pasport bermula dengan huruf K dan dikeluarkan selepas 1 Januari 2018 layak menyertai ujian itu.

Para pengunjung yang layak tidak perlu mendaftar sebelum melakukan lawatan. Mereka boleh melepasi imigresen melalui lorong khas apabila mereka kembali di Pusat Pemeriksaan Tuas.

ICA juga menggalak mereka yang layak agar mengambil bahagian dalam ujian tersebut untuk membantu mempertingkatkan sistem ICA.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan