Images
  • breast cancer
    (Gambar: AFP)

Ujian pelbagai baka bagi barah payudara lebih berkesan dan murah

SINGAPURA: Kes barah payudara di Singapura meningkat tiga kali ganda sejak 30 tahun lalu, iaitu tertinggi dalam kalangan negara-negara Asia.

Satu kajian pertama yang dijalankan di Asia mendedahkan menerusi ujian pemeriksaan pelbagai baka, kaum wanita yang memiliki sejarah keluarga menghidap barah kini mempunyai kaedah ujian yang lebih murah dan tepat.

Kaedah itu digunakan bagi mengenal pasti jika mereka berisiko menghidap barah tersebut.

Risiko menghidap penyakit barah payudara meningkat 15 kali ganda bagi mereka yang memiliki sejarah keluarga menghidap penyakit tersebut.

Berbanding dengan ujian pemeriksaan satu-baka, ujian pemeriksaan pelbagai baka dianggap lebih murah dan lebih pantas dijalankan.

Kajian 10 tahun yang dijalankan oleh Institut Universiti Nasional Barah mendapati panel antara 15 dengan 21 baka merupakan saiz optimal bagi ujian pemeriksaan.

Sementara itu, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) meluluskan penggunaan ubat Olaparib bagi merawat pesakit barah payudara tahap lanjut dengan gen mutasi keturunan. 

- CNA/HA/ai

Top