Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ubat tradisional Lianhua Qingwen tidak diluluskan rawat COVID-19

Ubat tradisional Cina, Lianhua Qingwen, tidak diluluskan untuk merawat simptom jangkitan COVID-19, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Rabu (17 Nov) sambil menambah bahawa dakwaan sedemikian tidak dibenarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ubat tradisional Lianhua Qingwen tidak diluluskan rawat COVID-19

(Gambar: laman FDA Filipina)

Diterbitkan : 17 Nov 2021 03:50PM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 03:52PM

SINGAPURA: Ubat tradisional Cina, Lianhua Qingwen, tidak diluluskan untuk merawat simptom jangkitan COVID-19, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Rabu (17 Nov) sambil menambah bahawa dakwaan sedemikian tidak dibenarkan.

Dalam maklumannya, HSA menyatakan bahawa ia sedia maklum tentang dakwaan yang tular di media sosial dan melalui kumpulan-kumpulan sembang Telegram yang turut mendakwa produk-produk Lianhua Qingwen boleh digunakan untuk merawat atau mencegah jangkitan COVID-19.

"Sesetengah produk Lianhua Qingwen disenaraikan sebagai ubat-ubatan proprietari Cina di Singapura bagi rawatan simptom selesema. HSA meluluskan ubat itu berdasarkan penggunaan bahan-bahan dalam produk itu seperti yang direkodkan," menurut HSA.

"Setakat ini, tiada bukti saintifik daripada uji cuba klinikal secara rambang yang menunjukkan bahawa sebarang produk herba, termasuk produk-produk Lianhua Qingwen boleh digunakan untuk mencegah atau merawat jangkitan COVID-19."

Kesemua produk herba bagi demam selesema biasa seharusnya digunakan hanya untuk menangani simptom-simptom seperti sakit kepala, hidung berair atau hidung tersumbat, sakit tekak dan batuk, menurut HSA.

"Kami sangat-sangat menasihatkan orang awam supaya jangan terpedaya dengan dakwaan atau tuntutan tidak berasas atau menyebarkan khabar angin seolah-olah produk-produk herba boleh digunakan untuk mencegah atau merawat COVID-19," tambah kenyataan tersebut.

Sebelum sebarang produk yang didakwa boleh merawat COVID-19 dibekalkan kepada Singapura, ia harus pertama sekali menyerahkan penilaian bukti saintifik dan pendaftaran kepada HSA.

Bukti saintifik itu harus diperolehi daripada kajian klinikal terkawal yang menunjukkan bahawa produk itu selamat dan berkesan terhadap COVID-19.

"Para pedagang dan penjual diingatkan supaya jangan membuat sebarang tuntutan palsu atau mengelirukan bahawa produk-produk yang dijual boleh mencegah, melindungi atau merawat penyakit seperti COVID-19," menurut HSA.

Hukuman bagi kesalahan sedemikian adalah hukuman penjara sehingga dua tahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan